Thursday, August 11, 2011

Panduan Kursus

Panduan Kursus

Nama Kursus Pengurusan Makanan dan Teknologi
(Food Management and Technology)
Nama Pensyarah Puan Faridah Mariani Binti Johari
Kod Kursus RBT3111
Kredit 3(2 + 1)
Jam Kontak 60 Jam
Bahasa Pengantar Bahasa Melayu
Jabatan Jabatan Kajian Sosial
Email faridahmariani07@gmail.com

Hasil Pembelajaran
1. Mengaplikasikan dan mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kursus ini ke dalam kehidupan seharian.
2. Mengintegrasikan ilmu dan kemahiran yang dikuasai dalam menghasilkan produk reka cipta yang pelbagai dalam penyediaan makanan.
3. Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai untuk merancang pengalaman pembelajaran dengan mengambil kira pelbagai faktor di dalam persekitaran.
4. Mengunakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam penyelesaian masalah dan melaksanakan pengajaran yang berkesan dan bermakna.
5. Mengintegrasikan elemen kreativiti dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian.

Sinopsis
Kursus ini merangkumi tajuk-tajuk sanitasi makanan; prinsip memasak dan tatasajian; teknologi dalam penyediaan makanan; penyediaan makanan; reka cipta masakan; pedagogi; dan kerja-kerja amali masakan.

This course covers topics on food sanitation, cooking principles and, table setting; technology in food preparation and, preparation of food; design of food preparation pedagogy and cooking practice..

Sanitasi makanan
• Prinsip kebersihan makanan
• Pencemaran makanan
- Mikroorganisma
- Haiwan dan serangga perosak
- Tindak balas enzim
- Perubahan fizikal
- Benda asing

Prinsip Memasak
• Prinsip memasak makanan
- Haba kering
- Haba lembap
• Kaedah memasak
- Haba kering: Menggoreng, membakar dan memanggang
- Haba lembap: Mengukus, mencelur, mereneh, merendidih dan merebus

Teknologi dalam penyediaan makanan
• Alatan berteknologi/Alat penjimat masa
- Pengisar
- Pengadun kek
- Ketuhar gelombang mikro
- Pembakar roti
- Alat pembancuh kopi
- Periuk nasi elektrik
- Periuk tekanan
- Pemukul
• Pemilihan, penggunaan dan penjagaan

Tatasajian
• Tatasajian Timur
- Cara Melayu
- Cara Cina
- Cara India

• Tatasajian Barat
• Lipatan napkin meja
- Penggunaan napkin meja
- Jenis lipatan napkin meja
- Jenis hiasan makanan

• Hiasan makanan
   1.  Savouri  
        a)  Berkuah
        b)  Tidak Berkuah

   2.  Manis
        a)  Berkuah
        b)  Tidak berkuah

• Kesesuaian hiasan makanan

Penyediaan makanan
• Minuman
- Jenis;
   a)  minuman merangsangkan
   b)  minuman menyegarkan
   c)  minuman berkhasiat

- Hiasan

• Dessert
- Jenis; a) Dessert Panas      b)  Dessert Sejuk
- Prinsip penyediaan

• Kuih tempatan
- Bahan
- Kaedah memasak

• Bater
- Jenis : a)  Bater Cair     b)  Bater Pekat
- Resipi asas
- Kegunaan
- Kaedah membuat
- Ciri bater yang baik

• Kek (kaedah putar)
- Resipi asas
- Langkah penyediaan
- Penyimpanan
- Kesilapan dan punca

• Biskut (kaedah gaul dan ramas)
- Resipi asas
- Langkah penyediaan
- Membentuk
- Membungkus dan menyimpan
- Kesilapan dan punca

• Pastri rapuh
- Resipi asas
- Langkah penyediaan
- Penyimpanan
- Kesilapan dan punca

Reka cipta masakan
• Pencetusan idea dan mereka cipta
- Minuman
- Dessert
- Kuih Tempatan
- Bater
- Kek (kaedah putar)
- Biskut (kaedah gaul dan ramas)
- Pastri rapuh

Penerapan unsur pedagogi
• Kreativiti
- Definisi
- Proses: Penyediaan, inkubasi, iluminasi dan verifikasi
- Kepentingan
- Penerapan unsur kreativiti dalam pengajaran


No comments:

Post a Comment