Sunday, August 18, 2013

Syawal menjelma lagi....

Salam Aidil Fitri buat semua......  Sempena di bulan yang mulia ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua kerana hampir setahun menyepikan diri....  Tahun 2013 merupakan tahun yang agak mencabar mental dan fizikal....  kehadiran Syawal kini amat memenatkan diriku bukan kerana kerja part time seperti mana setiap kali menjelang Syawal, bersilat dengn biskut raya... tetapi kali ini sibuk mengemas barang untuk berhijrah ke tempat baru....  Semoga penghijrahan kali ini akan memberi seribu rahmat oleh Allah swt....

Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas ku serta keluargaku termasuk seluruh muslimin dan muslimat yang taat kepada Mu, jadikanlah penghijrahan ini sebagai satu rahmat kepada ku sekeluarga.... untuk memperjuangkan diri di medan perang yang memerlukan komitmen dan disiplin diri yang sangat tinggi serta kesabaran.....  Ya Allah, janganlah kau uji hambamu ini dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu yang kau redhai ini.....  permudahkanlah segala usahaku dan keluargaku.... berikanlah kami kenikmatan hidup di dunia dan diakhirat kelak amin....

Semoga kehadiran Syawal kini... memberi lebih ruang dan peluang untuk ku mempertingkat keilmuan di dada dan profesionalisme keguruan ku....