Wednesday, July 11, 2012

Bulan Puasa Kembali Lagi

Assalamualaikum kepada semua muslimin dan muslimat sekalian.... Tanpa kita sedari, Tahun 2012 semakin meninggalkan kita... baru sekejap rasanya kita menyambut Tahun Baru Cina, sekarang bulan Syaaban semakin menghilang... menejelma sudah Bulan RAMADHAN yang kita nanti-nantikan.... Bagaimana dengan peniaga mahupun usahawan-usahawan yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan... ? Adakah anda sudah bersedia dengan barang dagangan anda? Lagi 7 hari Ramadhan menjelma... Boleh kita share apa-apa sahaja barang dagangan anda? Nampaknya tahun ini bukan rezeki berniaga buatku.... Kerja-kerja di pejabat terlalu banyak yang perlu di selesaikan kerana ia adalah sumber rezeki ku yang halal.... Bahan-bahan di dalam freezer juga banyak yang sudah dibeli... Entahlah... mampukah aku berniaga lagi di Ramadhan ini? Bolehkah aku membahagikan masa untuk kerja, berniaga dan keluarga? Kesihatan kinipun bukan seperti dahulu lagi... Apa-apapun... selamat berniaga kepada semua usahawan Ramadhan... Biarlah aku menjadi pembeli di bulan Ramadhan ini...